Politik Nallakaruppan Solaimalai

Di dalam sekutu kerajaan, MIC

Dia pernah menjadi timbalan ketua pemuda MIC sekitar 1980-an. Dia adalah sahabat rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga rakan karib bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.Dia bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden PKR , Datuk Seri [[Wan Azizah Wan IsmailWan Azizah Ismail]] pada 2007 tetapi keluar parti pada 2008.

Berjuang di dalam PKR

Nallakaruppan adalah rakan tennis Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berkawan baik selama 30 tahun lebih.

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas dikaitkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau muncul semula di persada politik Malaysia sebagai Ketua Bahagian PKR Kepong, Selangor. Beliau menyertai PKR pada 2006 kerana yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 Nallakaruppan berjoget bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas kempen bagi memenangkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, Cikgu Parthiban dari Barisan Nasional-MIC menang.

Keluar PKR dan menubuhkan MIUP

Beliau bertindak keluar dari PKR pada 25 Mei 2007. Beliau tidak dipilih sebagai calon PKR menentang calon Barisan Nasional yang juga India.

Akibat daripada itu, Nalla merasakan PKR tidak memperjuangkan nasib kaum India. Beliau tidak menyertai MIC atau IPF, sebaliknya menubuhkan parti baru iaitu MIUP. Sejak itu beliau menjelajah ke seluruh negara bagi menarik sokongan kaum India yang semakin tidak percaya kepada MIC.

Baginya PKR ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan nasib dan masa depan politik penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. PKR sanggup buat apa sahaja asalkan masa depan politik Anwar tidak terjejas. Anwar cuba memenangi hati masyarakat India dengan menjadi Sivaji the Boss iaitu filem Tamil yang memaparkan kehebatan heronya membantu masyarakat India.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 Datuk Nallakaruppan tidak bertanding kerana mahu menumpukan kepada kerja-kerja parti. Seramai 25,000 telah mendaftar sebagai ahli MIUP.


Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara

Pada 2 November 2011, Nalla mengejutkan ramai apabila dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.[3]Dua senator baru yang lain ialah ketua pemuda MCA, Chiew Lian Keng dan bendahari MIC Datuk Jaspal Singh.

Rujukan

WikiPedia: Nallakaruppan Solaimalai http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35463... http://malaysiakini.com/news/180210 http://members.tripod.com/Anwarite/letter_12_Oct.h... http://members.tripod.com/~bantahan/sejarah.htm http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=... http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/1999-02/f... http://www.tamil.net/list/1998-11/msg00417.html